Welcome Visitor: Login to the siteJoin the site

Lakaran Kedukaan Hati

Novel By: alizabsinah
Literary fiction


Tags: Malay, Novel, Chapter, 1.


About hardship of teenager life.

Novel were written in Malay language. View table of contents...


Chapters:

1

Submitted:Mar 10, 2013    Reads: 12    Comments: 0    Likes: 0   


LAKARAN KEDUKAAN HATI

BAB 1

Kringgg….jam loceng usang berwarna hijau kulat itu berbunyi, Marissa Batrisya terjaga dari ulitan mimpi lenanya, terpandang seraup wajah kembarnya yang masih leka terlena tidur di sebelahnya, dia mengusap lembut dahi adik kembarnya, Marissa Adriana, insan yang paling disayanginya.

'Aku perlu bangun dan bersiap ke sekolah baruku hari ini, ah..malas sungguh rasanya' hatinya berkata-kata.

Namun, dalam kemalasan itu sempat Batrisya mengelamun mengenangkan kehidupannya, 'Alangkah indahnya hidup ini jika aku ke sekolah dihantar oleh ibu bapaku seperti rakan - rakan yang lain'.

Memikirnya perjalanan hidupnya yang perlu bangkit pada jam 5 pagi, melaksanakan solat subuh tepat pada waktunya, dan tergesa - gesa berjalan kaki ke stesen bas sejauh 3 km setiap hari, melalui jalan yang sunyi di kawasan kuarters perumahannya dan kemudian mendaki jenjantas menyeberangi cahaya neon bandaraya Johor Bahru yang sentiasa sibuk dan bingit setiap pagi, sering-kali melemaskan fikirannya.

'Hari ini aku perlu menjadi lebih positif, apatah lagi hari ini merupakan detik baru bagiku mendaftar di sekolah menengah teknik yang terbaik di daerah Johor Bahru ini!'

Di sudut hatinya, Batrisya berbangga, kerana hasil penat lelahnya, belajar bersendirian ditemani buku-buku rujukan dan buku-buku latihan yang dibelinya hasil Biasiswa Persekutuan Kecil Pelajaran, membolehkannya mendapat 8 A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun lepas. Apatah lagi, hanya dia seorang yang mewakili sekolahnya mendapat keputusan cemerlang tersebut, sementelah dia sendiri tidak pernah menghadiri sebarang kelas tambahan, sama ada di sekolah, mahupun di luar sekolah.

Rasanya, ingin sekali Batrisya mengikuti kelas tambahan di luar sekolah seperti rakan - rakannya yang lain, namun, apakan daya, dengan pendapatan ibunya sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM900 sebulan bagi memberi makan kepada lima mulut di dalam keluarganya, menyebabkan Batrisya tidak sampai hati menyatakan hajat tersebut.

'kasihan ibuku, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan pekerjaan yang baik bagi mengubah taraf ekonomi keluarga aku' bisik hatinya,

tiap kali melihat wajah keletihan ibunya apabila pulang bekerja. Kadang-kala, Batrisya tertanya-tanya tentang gerangan bapanya,

'Adakah bapanya merinduinya? Adakah bapanya yang bernama Abdul Husin masih mengingatinya? Masih hidupkah bapaku ini?'

Namun ia hanyalah persoalan demi persoalan yang tiada mungkin berjawapan, dan hanya membuatkan dirinya menjadi sebak apabila teringatkan betapa kekurangan dirinya berbanding rakan - rakannya yang lain.

'Mungkin suatu hari, apabila aku telah berjaya, aku akan ketahui di mana bapaku berada', tekad hatinya.

Batrisya menuruni bas yang dinaikinya dari stesen bas Larkin, dan mula berjalan ke sekolah barunya, yang terletak 800 km dari perhentian bas tersebut. Kelihatan ramai pelajar - pelajar baru sepertinya turut mendaftar, dan hatinya menjadi sebak, kerana hanya dia sahaja yang berjalan kaki dan berseorangan. Terpancar kegirangan di setiap wajah pelajar-pelajar baru tersebut, dan Batrisya berbisik pada dirinya

' Beruntungnya mereka kerana mempunyai ibu bapa yang mampu menghantar mereka untuk mendaftar ke sekolah baru, mungkin kah perkara yang sama akan aku alami jika aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading?'

Persoalan tersebut membuatkan dirinya menjadi sebak, dalam kedinginan pagi bulan Mac itu, air mata membasahi pipinya tanpa disedari. Batrisya mengelap air matanya itu dengan lengan baju kurungnya yang telah lusuh. Baju uniform sekolahnya itu yang telah digunakan selama 3 tahun itu merupakan warisan dari kakak sulungnya.

'Baju kurungku pun telah 3 tahun ku pakai, ini tidak termasuk 3 tahun sebelum itu dipakai oleh kakakku, warnanya pun telah bertukar menjadi kekuningan. Untungnya mereka yang sentiasa dibelikan baju uniform baru tiap kali sesi persekolahan bermula'

'Kalau aku gunakan duit biasiswaku untuk membeli uniform sekolah, kelak, aku tiada duit untuk membeli buku-buku pelajaran. Tidak mengapalah, lagi dua tahun, aku akan tamat zaman persekolahan, buku pelajaran lebih penting bagi mempersediakan diriku untuk menghadapi peperiksaan Sijil Matapelajaran Malaysia dalam masa dua tahun ini' Batrisya cuba memujuk hatinya yang lara,

'Sesungguhnya, aku masih beruntung kerana ibuku masih menghantarku ke sekolah'.

Masih terngiang-ngiang jawapan ibunya,

'Sya, mak ni bukan tidak mahu menghantar kamu pada hari pendaftaran sekolah teknik kamu tu, tapi mak bekerja, mak tiada kenderaan untuk menghantar kamu, nak menaiki teksi, tambang pun sudah RM15, mahal tu Sya, dengan RM15 tu, mak sudah boleh beli 2 ekor ayam, untuk kita makan dua minggu. Kamu naiklah bas ke sana nanti Sya, mendaftar sekolah baru, tidak semestinya mak perlu ada, kamu kan sudah besar, umur sudah menjejak 16 tahun, mak yakin kamu mampu memikul tanggungjawab tersebut'

'Tapi mak, macam mana jika nanti cikgu tanya, di mana mak?mengapa ibu atau bapa Sya tidak hadir bersama? Lagi, duit yuran perlu bayar pada hari pendaftaran mak, semua sekali RM200'.

Sayu hati Batrisya tatlkala mengungkapkan tentang persoalan yuran sekolah barunya, yang lebih mahal berbanding sekolah lamanya.

'Sya, mak ni, tiada duit, mak perlu gunakan duit untuk keperluan yang lebih penting dahulu. Tidak mengapalah, tentang yuran sekolah kamu itu, mak beri dahulu ni, RM50, yang selebihnya, nanti mak akan bayar secara ansur-ansur lah, seperti biasa yang kita lakukan di sekolah lama kamu. Kita ni orang susah , nanti mungkin cikgu di sekolah baru Sya akan memahami, seperti mana cikgu di sekolah lama Sya, sebelum ini, mereka akan bertimbang rasa juga' kata ibunya.

Langkahnya menjadi semakin berat apabila kakinya menjejakkan pagar sekolah barunya,

'Ramainya pelajar, banyaknya kereta mewah!' desis hatinya.

Batrisya menuju ke arah salah sebuah meja pendaftaran, dan bertanya kepada salah seorang guru di sana, dilihat namanya merupakan Cikgu Bakri,

'Assalamualaikum Cikgu, boleh saya tahu di mana saya boleh mendaftar untuk kelas pertanian 1?'

'Oh, adik pelajar baru ya, kelas pertanian 1 tu, adik masuk ke dalam dewan, sebelah kanan, paling hujung, adik boleh cari papan tanda kertas yang besar menyatakan kelas pertanian 1 dan pertanian 2 di sana nanti' terang Cikgu Bakri.

'Terima kasih cikgu' ujar Batrisya dengan hormat.

Batrisya berjalan ke arah dewan bagi pendaftaran pelajar baru, dan tercari - cari pendaftaran bagi kelas pertanian 1 tersebut. Akhirnya Batrisya melihat barisan panjang dengan papan tanda menyatakan pendaftaran bagi kelas pertanian 1 tersebut, kakinya laju menuju ke arah barisan tersebut dan beratur bersama - sama pelajar baru dan ibu bapa mereka.

' Mengapa nampak macam pelik ya?hanya aku seorang sahajakah yang hadir tanpa ibu bapa hari ini?' Tidak mengapalah, rasa tiada masalah, nanti akan kuterangkan situasi diriku pada guru pendaftar nanti' bisik hatinya.

Akhirnya, barisan yang panjang tersebut semakin menipis menghampiri ke kaunter, tibalah giliran Batrisya untuk mendaftar namanya sebagai pelajar baru di Sekolah Teknik yang dikagumi ramai ini. Dilihatnya, guru di kaunter tersebut seakan-akan mencari-cari ibubapanya, lantas Batrisya berkata,

'Maaf cikgu, saya datang seorang diri untuk mendaftar hari ini, ibu saya tidak dapat hantar kerana beliau bekerja, jadi beliau sukar untuk menghantar saya, ibu saya ibu tunggal. Bagaimana boleh saya mendaftar sebagai pelajar?'

'Huh, apa?Kamu datang seorang?Kenapa ibu kamu tidak datang sekali?Takkan tidak boleh ambil cuti untuk hantar anak mendaftar ke sekolah pada hari pertama!Ibu bapa pelajar lain pun bekerja juga! ' herdik guru tersebut, Batrisya melihat tag namanya sebagai Roziah,

'Oh, mungkin namanya Cikgu Roziah agaknya, kalau begini lah sikap guru kelas aku, mesti hidupkan tidak akan gembira bersekolah di sekolah yang berprestij ini nanti!' desis hati Batrisya.

'Maaf cikgu, sekali lagi saya memohon maaf dan mewakili ibu saya, meminta maaf kerana dia tidak dapat menghantar saya untuk pendaftaran saya hari ini' kecil sahaja dunia ini dirasakan oleh Batrisya.

'Sudahlah, mari, isi borang ini, dan jangan lupa membayar yuran persekolahan sebanyak RM200 sekali' kata Cikgu Roziah.

Batrisya mengambil pen dari beg sandangnya, dan mengisi borang yang diberi. Setelah siap diisi borang tersebut diberikan kepada guru tersebut berserta duit sehelai bernilai RM50.

'Eh..eh..mana cukup ni?Hanya RM50 sahaja?kan dalam surat telah dinyatakan yuran persekolah perlu dibayar sekaligus sebanyak RM200?Mana lagi RM150?' tengking Cikgu Roziah.

'Maaf cikgu, saya sudah beritahu mak saya berkenaan yuran tersebut, namun mak saya tidak mampu untuk membayar sekaligus, jadi dia hanya membayar RM50 sahaja dahulu, bakinya mak saya janji akan bayar secara beransur - ansur secara bulanan sehingga bulan Jun nanti, jadi mak saya minta tangguh dahulu baki yuran sebanyak RM150 tu' ujar Batrisya.

'Hah!Apa?Kamu ni betul lah pelajar yang menyusahkan orang!Sudahlah datang tanpa ibubapa, duit yuran setakat RM 200 itu pun tidak mampu hendak bayar!Sepatutnya kamu tidak payah bersekolah di sini! Perkara kecil begini pun tidak mampu dibuat!' herdik Cikgu Roziah lagi.

Berdesing telinga Batrisya tatkala mendengar herdikan dari guru tersebut!Terasa seperti mahu ditampar sahaja guru tersebut!Betapa kurang ajar sikapnya menjatuhkan maruah keluarganya di hadapan pelajar dan ibu bapa lain yang turut sama di sana!Namun api kemarahannya ditahan, walaupun terasa darahnya menyirap sehingga ke telinga, dan tangannya menggigil mengawal penghinaan yang diterimanya saat itu. Masih ada adab sopan untuk menghormati guru, seperti yang telah diajar oleh guru-guru di sekolah lamanya.

Batrisya merenung tajam pada guru tersebut dan diam membisu. Dia masih ingat, tujuannya meminta bertukar ke sekolah itu, kerana nasihat dari Pengetua sekolah lamanya , Pn. Lee yang mahu Batrisya keluar, dari sekolah lamanya yang sering menduduki antara tiga tangga tercorot dalam pencapaian peperiksaan keseluruhan di daerah Johor Bahru dan bersekolah ke sekolah yang berprestij ini. Nasihat guru-guru di sekolah lamanya masih disemat di dadanya, namun Batrisya tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti dia akan berjumpa dengan seorang pendidik yang tidak mempunyai adab sopan, seperti Cikgu Roziah!

AlizabSinah





0

| Email this story Email this Novel | Add to reading list



Reviews

About | News | Contact | Your Account | TheNextBigWriter | Self Publishing | Advertise

© 2013 TheNextBigWriter, LLC. All Rights Reserved. Terms under which this service is provided to you. Privacy Policy.