Welcome Visitor: Login to the siteJoin the site


Sinopsis Ini Jalan Cinta-Nya

Setiap insan memerlukan kekuatan rohani untuk tetap teguh dalam pendirian dan kepercayaan. Kekusutan jiwa Mustafa menggambarkan dia sedang mengalami tekanan jiwa. Kepercayaannya semakin berkurangan terhadap Pencipta. Pemergian Saiful Ashraf ke Jordan sedikit sebanyak mengusutkan lagi jiwanya dan bertambah lagi kekosongan jiwanya.
_______________________________
‘Jika benar Tuhan itu ada. Buktikan pada aku. Aku tak percaya dia ada. Doa aku dulu, dia tak pernah dengar! Aku selalu ditimpa masalah! Dulu aku sembahyang hari-hari, ada dia nampak?! Ada dia dengar aku merayu kat dia! Ahhh... Aku tak percaya dia ada!’
Mustafa membentak-bentak dalam hati. Jiwanya kusut. Muka yang serabai. Rambut yang tidak bersikat. Dia duduk termenung melihat air sungai di tepi jam View table of contents...


Chapters:

1 2 3

Submitted:Oct 19, 2012    Reads: 13    Comments: 0    Likes: 0   


2

'Jika benar Tuhan itu ada. Buktikan pada aku. Aku tak percaya dia ada. Doa aku dulu, dia tak pernah dengar! Aku selalu ditimpa masalah! Dulu aku sembahyang hari-hari, ada dia nampak?! Ada dia dengar aku merayu kat dia! Ahhh... Aku tak percaya dia ada!'

Mustafa membentak-bentak dalam hati. Jiwanya kusut. Muka yang serabai. Rambut yang tidak bersikat. Dia duduk termenung melihat air sungai di tepi jambatan. Topi keledar disangkut di telinga motor.

"Mus....!" Mamat datang sambil membawa rokok dan lighter. Tangannya menghidupkan api dan meletakkannya ke batang rokok. Mus menyambut batang rokok itu dan menggigit sedikit batang rokok tersebut. Kemudian dihembus asap rokok sambil membuat bentuk 'o'.

"Asal datang sorang ni? Mana awek semalam?" Mus meletakkan punggungnya di atas motor. Rambutnya dibetulkan sedikit sambil tangan kanannya mengangkat cap di atas kepalanya.

"Dia tidur dah bro... Penat kot... Gua kerjakan tadi... Hehe..." Mamat membuat muka sengal. Senyumannya yang penuh bermakna dan nampak sungguh kegatalannya terserlah.

"Semputlah lu...! Belasah sorang-sorang tak ajak gua...." Mus mendengus bengang.

"Rilek la bro... Second hand je pun.... Lagipun yang ni tak berapa best la bro.. Esok malam gua bawak yang bergetah punya untuk lu... Baik punya!" Mamat melepaskan asap rokok berkali-kali.

"Hah! Yelah... Kejap lagi gua ada race dengan Keting. Lu nak join tak?" Mus menepuk-nepuk seat motornya.

"Semestinya la bro... Gua mana pernah miss lu punya race maaa...." Mamat segera menghidupkan motornya. Mus tersenyum sambil menunggang motornya ke jalan Chow Kit.

***

"Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud: Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..."

Baheera Wafiyya tersenyum kelat sambil memandang semua wajah-wajah perempuan-perempuan bertudung segi di hadapannya. Mereka memakai baju shirt lengan panjang berwarna merah. Ia merupakan baju uniform bagi semua penghuni Raudhatul Sakinah. Tidak ada respon yang diterima. Cuma Zakiah tiba-tiba bersuara.

"Ustazah, apa maksud ayat tu? Boleh ustazah bagi contoh benda apa yang dimaksudkan dengan ayat tu?" Muka Zakiah seolah-olah benar-benar ingin mengetahuinya.

Baheera Wafiyya tersenyum lembut. Dia berasa lega kerana ada juga yang berminat dengan ayat yang diberikannya sebentar tadi. "Terima kasih Zakiah... Sebenarnya dalam kehidupan kita ni tidak lari dari lima hukum. Wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Kadang-kadang ada dalam kalangan kita ni tak suka buat benda wajib, contohnya solat, puasa. Tapi kita tak tahu benda yang kita tak suka tu lah baik untuk kita. Solat contohnya, kajian menyatakan solat boleh menyebabkan badan kita jadi sihat dan cergas. Begitu juga dengan puasa, boleh mencegah kita daripada penyakit seperti obesity. Dan, manusia juga sangat suka kepada benda haram. Contohnya, zina, mencuri, minum arak. Sedangkan benda tu semua membawa keburukan kepada kita. Kita tak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui...."

"Oh... Tapi... Kenapa Allah haramkan zina?" Zakiah kembali bertanya.

"Allah mengharamkan zina sebab zina ni merosakkan nasab[1]dan bangsa. Zina juga boleh membawa kepada penyakit. Dan zina boleh menyebabkan pergaduhan di antara umat Islam, yakni pergaduhan yang berlaku di antara keluarga dan masyarakat." Riak wajah Baheera Wafiyya kembali serius. Zakiah mengangguk kecil. "Ada apa-apa lagi nak tanya sebelum ustazah berhenti... Masa dah nak tamat..."

"Hm... Adakah Allah terima taubat kami?" Shakirah tiba-tiba bersuara.

Baheera Wafiyya dapat jangka soalan itu pasti timbul. Sudah banyak kali juga soalan begitu selalu timbul apabila dia berhadapan dengan remaja-remaja seperti ini. Kali ini wajah Baheera Wafiyya tersenyum mesra.

"Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sifat dan Asma' Allah[2] juga menjadi bukti Allah Maha Pengampun. Allah itu al-Ghaffar. Allah itu al-Ghafur. Semua itu bermaksud Pengampun. Tidak cukup lagi ke untuk kita yakin bahawa Allah itu Maha Pengampun?" Baheera Wafiyya kembali bertanya. Mereka semua mengangguk-anggukkan kepala tanda yakin dengan jawapan yang diberikan.

***

"Rasulullah saw pernah bersabda, mafhumnya, kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini adalah kerana adanya sifat bakhil [3]dan banyak berangan-angan..."[4]

Saiful Ashraf memandang wajah-wajah anak usrah[5]nya. Wajah-wajah inilah yang bakal memberi sinaran kepada umat dan generasi Islam pada masa akan datang.

"Banyak berangan-angan tu maksudnya macam mana Ash?" Hanif tiba-tiba bertanya. Kening Saiful Ashraf terangkat sebelah. Hairan melihat sahabatnya itu bertanya. Tidak percaya bahawa Hanif tidak tahu maksudnya. Sedangkan Hanif seorang yang berilmu juga. Mungkin dia sedikit keliru tentang angan-angan yang dimaksudkan, atau sengaja menghidupkan suasana usrah yang agak lengang kerana ramai yang tidak dapat hadir akibat demam panas. Saiful Ashraf tersenyum sendiri.

"Apa pendapat Hanif?" Saiful Ashraf kembali menjawab dengan sebuah persoalan. Kali ini kening Hanif pula yang tercantum. Aku yang tanya, alih-alih aku juga yang kena jawab. Hanif bermonolog sendiri.

"Mungkin hanya pandai berangan tapi tak reti nak berusaha... Kan?" Hanif memandang muka Saiful Ashraf bersungguh untuk mengetahui jawapan daripada sahabatnya itu.

"Emm... Berangan tak salah. Tapi yang salahnya hanya terlalu banyak sangat berangan-angan sampai tidak mahu berusaha untuk mencapai apa yang diangankan..."

Hanif menganggukkan kepala tanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh sahabatnya itu. "Contoh?" Hanif tiba-tiba bertanya lagi? Saiful Ashraf memandang mata Hanif sejenak. Kemudian dia menyambung bicara.

"Contohnya.... Pak Pandir. Dia kan suka berangan. Jadi kaya lah, berangan ada anak lah... Dan macam-macam lagi. Padahal itu semua imaginasi dia je.. Bukan realiti. Sampai isterinya pening dapat suami macam tu.. Walhal dia asalnya bukan bodoh. Tapi terlalu banyak angan-angan sampai nampak seperti orang bodoh." Saiful Ashraf tersenyum kelat. Harapannya agar jawapannya itu dapat diterima.

"Eh, tapi tu bukan kisah dongeng ke?" Hanif semakin keliru.

"Hehe... Aiwah[6]... Memang kisah dongeng. Tapi kisah dongeng ini banyak bagi pengajaran juga kepada kita. Supaya jangan banyak sangat berangan, dan hendaklah berusaha. Tak semua kisah dongeng kita hanya pandang sebelah mata. Kadang-kala kisah-kisah dongeng macam ni lah yang menjadikan seseorang itu berjaya. Contohnya macam orang buat novel, tak semua kisah novel dia tu cerita benar. Dia hanya reka je nampak macam benar, padahal tidak. Tapi niat dia buat dan reka novel tersebut hanya untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana. Tapi yang pentingnya jangan ambik kisah-kisah dongeng sebagai sumber pertama..." Saiful Ashraf tersenyum meleret melihat Hanif tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Sesi usrah pada minggu itu dihabiskan dengan topik angan-angan!


[1] Keturunan. Dalam maqasid syari'ah, ulama' meletakkan 'Hifzhu an-Nasab' atau 'Hifzhu an-Nasal' (Memelihara Keturunan) sebagai salah satu daripada lima perkara utama dalam memelihara agama.

[2] Nama-nama Allah.

[3] Kedekut.

[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.

[5] Perbincangan ilmu agama dalam kelompok kecil.

[6] Bermaksud 'Ya'.





0

| Email this story Email this Novel | Add to reading list



Reviews

About | News | Contact | Your Account | TheNextBigWriter | Self Publishing | Advertise

© 2013 TheNextBigWriter, LLC. All Rights Reserved. Terms under which this service is provided to you. Privacy Policy.