Welcome Visitor: Login to the siteJoin the site


Sinopsis Ini Jalan Cinta-Nya

Setiap insan memerlukan kekuatan rohani untuk tetap teguh dalam pendirian dan kepercayaan. Kekusutan jiwa Mustafa menggambarkan dia sedang mengalami tekanan jiwa. Kepercayaannya semakin berkurangan terhadap Pencipta. Pemergian Saiful Ashraf ke Jordan sedikit sebanyak mengusutkan lagi jiwanya dan bertambah lagi kekosongan jiwanya.
_______________________________
‘Jika benar Tuhan itu ada. Buktikan pada aku. Aku tak percaya dia ada. Doa aku dulu, dia tak pernah dengar! Aku selalu ditimpa masalah! Dulu aku sembahyang hari-hari, ada dia nampak?! Ada dia dengar aku merayu kat dia! Ahhh... Aku tak percaya dia ada!’
Mustafa membentak-bentak dalam hati. Jiwanya kusut. Muka yang serabai. Rambut yang tidak bersikat. Dia duduk termenung melihat air sungai di tepi jam View table of contents...


Chapters:

1 2 3

Submitted:Oct 19, 2012    Reads: 19    Comments: 0    Likes: 0   


3

Pendidik Insan Berakhlak Mulia: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik."[1]

Zakiah termenung memandang kehijauan pokok. Burung-burung berterbangan dan bercicipan langsung tidak diendahkannya. Pagi yang masih menyegarkan suasana. Jam tepat menunjukkan pukul 8 pagi. Matahari yang baru saja naik menjadikan bumi cerah keoren-orenan. Mata Zakiah seolah-olah tidak berkedip memerhatikan pokok-pokok yang berlambaian lembut.

"Psstt..." Shakirah menegur kawannya itu dari belakang bangku yang diduduki Zakiah. Tetapi tidak dihiraukannya. "Psssssttt...!" Kali ini suaranya sedikit kuat. Tapi Zakiah masih tidak memandangnya. "Oiii..., Termenung!" Shakirah sedikit bengkek melihat respon Zakiah yang selamba.

"Apa kau ni... Tiba-tiba datang tak bagi salam.." Sebaris ayat Zakiah.

"Assalamualaikum ustazah Zakiah!" Shakirah meluaskan mulutnya sambil ketawa kecil.

"Waalaikumsalam. Aku bukan ustazah lah... Sinilah duduk..." Zakiah mengesot sedikit untuk memberi ruang kepada Shakirah. Shakirah duduk sambil tersenyum meleret.

"Kenapa termenung? Kejap je breakfast tadi. Makanan tak sedap ea?" Pagi tadi pihak kantin di Raudhatul Sakinah menyediakan sarapan roti dan corn flakes serta teh o panas. Shakirah mula memandang pokok-pokok yang masih berlambaian lembut di hadapan matanya.

"Takdelah. Aku saja lepak sini. Aku teringat tazkirah yang Ustazah Baheera bagi semalam." Serius wajah Zakiah. Shakirah memandang kawannya itu.

"Oh.. Aku pun tertarik dengan tazkirah tu. Menusuk kalbu beb... Walaupun dulu aku ni hati batu. Tak boleh dengar orang bagi nasihat kat aku. Tapi....." Ayat Shakirah tergantung.

"Aku suka Ustazah Baheera.." Zakiah tiba-tiba bersuara, tanpa pedulikan ayat Shakirah yang tergantung sebentar tadi.

"Wei! Kau Les[2]ke?" Mata Shakirah sedikit terbeliak.

"Apa lah kau ni. Cakap suka perempuan je Lesbian.. Senget la otak kau ni.. Aku suka cara dia. Dia pandai bagi tazkirah. Aku boleh terima gaya dia. Dia tak kerek macam ustazah-ustazah lain yang aku kenal semenjak aku duduk kat sini. Dia ni ada style lah. Kau tak perasan ke?" Zakiah kembali bertanya. Dia dapat agak Shakirah juga mempunyai pendapat dan cita rasa yang sama dengannya.

"Ha! Ya... Aku ingat aku sorang aje yang nampak. Hehe... Dia tu macam otai sikit kan. Tapi nampak sangat dia nak cover keotaian dia... Aku tengok dia kekok semacam je nak cakap lembut dengan kita orang... Kelakar..." Shakirah mengeluarkan pandangannya terhadap Baheera Wafiyya. Zakiah mengangguk kecil.

"Aku nak jumpa dia hari ni. Sebelum ni aku rasa tak tenang walaupun aku dah bertaubat. Menangis tiap-tiap malam. Tapi sejak jumpa Ustazah Baheera, aku rasa sesuatu. Aku perlu jumpa dia..."

Shakirah kemudian tersenyum meleret. "Aku nak join!"

Zakiah tersenyum segaris.....

***

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayah-Mu...

Maka ku tadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Ilahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

Krabat - Keinsafan.....

Saiful Ashraf memejamkan matanya perlahan. Lirik lagu Keinsafan ditulis di atas kertas berwarna hijau cair. Jam tepat menunjukkan pukul 4 pagi. Pintu bilik air dibuka perlahan. Wudhuk diangkat. Doa selepas berwudhuk dibaca khusyuk. Solat sunat tahajjud dilaksanakan dengan sempurna. Hatinya hanya tertumpu pada yang Esa. Dalam rakaat pertama, dibaca surah al-Kahfi. Malam jumaat yang penuh barakah. Surah itu pasti menjadi pilihan baginya untuk dijadikan amalan.

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah petunjuk.."[3]

Begitulah sifat dan kekuatan keimanan yang dimiliki tujuh pemuda itu. Mereka melarikan diri ke gua untuk menyelamatkan iman. Begitu kesungguhan pemuda-pemuda tersebut dalam menguatkan keimanan kepada Ilahi, dan tidak sanggup untuk mereka menyembah raja yang kejam pada zaman itu!

Allah.... Hati Saiful Ashraf bermonolog Asma' Allah. Tidak pernah lekang nama Agung itu daripada hatinya dan juga bibirnya. Saiful Ashraf memohon keampunan buat ibu bapanya, ahli keluarga dan juga buat sahabat-sahabatnya yang jauh di mata tetapi dekat di dalam doanya.

Teet... Teet...

1 message received

Selesai doa, Saiful Ashraf memandang telefon bimbitnya. Mesej yang bertandang pada waktu ini sudah pasti dari sahabat seperjuangan atau dari seorang murobbi. Dia kemudian menekan butang keypad. Matanya membaca mesej yang dikirim oleh Syeikh Khailani. Murobbinya di Mu'tah.

"Assalamu'alaikum, Ashraf. Esok pagi Ana nak jumpa anta di Masjid selepas dhuha. Ada benda nak minta anta tolong... Shukron."

Saiful Ashraf tersenyum lembut. Lepas juga rasa rindu pada murobbinya itu. Sebulan tidak bertemu muka. Akhirnya dapat jua menunaikan hajat yang lama terpendam terhadap gurunya itu. Saiful Ashraf segera membalasnya.

"Wa'alaikumussalam, Syeikh. Insha-Allah ana datang... 'Afwan.J"

Handphonenya diletak di atas meja. Dia kemudian bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat subuh berjema'ah. Pahalanya 27 kali ganda.... Hatinya bermonolog sendiri.

***


[1] Riwayat Ahmad.

[2] Lesbian. Perempuan suka dan cinta pada kaum sejenis dan membuat hubungan sejenis.

[3] Surah al-Kahfi, ayat 13





0

| Email this story Email this Novel | Add to reading list



Reviews

About | News | Contact | Your Account | TheNextBigWriter | Self Publishing | Advertise

© 2013 TheNextBigWriter, LLC. All Rights Reserved. Terms under which this service is provided to you. Privacy Policy.