Welcome Visitor: Login to the siteJoin the site

Apalah Daya Hati

Novel By: Delisha Haseena
Romance


Sinopsis

Delisha Iman seorang wanita yang humble dan berperwatakan selamba dan sempoi yang sentiasa berpegang pada prinsip. Delisha Iman sering merindukan seorang mujahid pencinta ilmu yang bernama Faris Haikal. Kini wajah Faris Haikal sudah lagi tidak kelihatan beberapa tahun berlalu. Munculnya Iskandar Syah dalam hidup Delisha Iman sedikit sebanyak mengganggu jiwa seorang wanita. Anak dato' Halim yang sangat kaya dan diminati ramai itu, telah banyak menggoncangkan hati wanita-wanita di luar sana.
Siapakah yang bertakhta di hati Delisha Iman sesudah itu?
Adakah dia masih mencintai pemuda yang dahulunya pernah meninggalkannya?
............................................
“Iman!” Faris Haikal tanpa sempat memberi salam tanda terkejutnya dengan kehadiran gadis yang sudah lama dia nantikan itu.
“Faris??!”
..........................................
“I don’t like being punished like this, Isha....” Pintu kereta mewah itu dikunci. Kepalanya ditoleh ke belakang. Matanya tertumpu ke muka Delisha Iman. Kening Delisha Iman terangkat sebelah. Dahinya berkerut. Riak wajahnya bertukar selamba. Dibiarkan saja Iskandar Syah bercakap seorang diri. “Isha.... I don’t like being punished like this!” Kali ini suaranya sedikit meninggi. Mukanya tegas memandang Delisha Iman.
“When did I punish you?” Delisha Iman mula bersuara. Soalan terus diajukan.
............................................
“Aku dah lupakan Faris”
................................................
Faris Haikal? Iskandar Syah? Dua nama yang berbeza dan perwatakan yang berbeza pernah menambat hati seorang wanita bernama Delisha Iman...
Apalah Daya Hati menyingkap tirai mereka bertiga.......
...................................................
“Apabila hatiku sudah ditakluki, dunia terasa indah dan berseri. Tetapi, andai hati ini dilukai, segenap alam menjadi gelap tiada seri. Biarlah hati terluka kerana insani, jangan hati terluka kerana redha Ilahi tidak ku miliki....”
View table of contents...


Chapters:

1 2 3 4 5

Submitted:Oct 19, 2012    Reads: 34    Comments: 0    Likes: 0   


1

Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam, sambil mendengar radio frekuensi 101.5,THR dan di samping melayan lagu Dil kya kare[1] di corong radio ini, mata Delisha Iman masih lagi menatap di skrin handphone nokia berwarna hitam, menunggu panggilan dan mesej dari Faris Haikal.

'Mana la si Faris ni, janji nak call...Ishk..' Bisik hati Delisha Iman teringat dengan niat Faris Haikal pagi tadi.

"Hmm... Nanti Is call Iman ye, malam ni lepas isyak, Is nak cakap sesuatu..." Serius suara Faris Haikal memberitahu Delisha Iman.

"Okay,.. Tapi kenapa tak nak cakap sekarang je..." Delisha Iman seolah-olah tidak sabar lagi ingin mengetahui perkara yang ingin diberitahu padanya. Sementelah sifat inkuirinya yang terlalu tinggi.

"Em.. Is sibuk sekarang.. Malam nanti ada usroh[2]. Lagipun ada assignment yang nak kena hantar kejap lagi, jadi Is nak siapkan dulu... Malam ni ye Is mesej... Okay..?" Pujuk Faris Haikal. Dia juga semakin rasa bersalah untuk mengutarakan niatnya itu, Delisha Iman satu-satunya wanita yang pernah dia sayang, tetapi dilema ini membuatnya serba tidak menentu. Kasih Allah itu yang wajib didahulukan berbanding makhluk-Nya. Hatinya berbisik sendirian.

"Hmm..okeylah...Assalamu'alaikum..."

Sedang menunggu panggilan daripada Faris Haikal, mata Delisha Iman mula layu.

'Ergh, mengantuklah pulak...' Detik hatinya, dalam sedang menunggu, matanya mula terpejam dan terus dibuai mimpi.

***

Seusai menunaikan solat subuh, Delisha Iman meneruskan rutin hariannya dengan membaca surah Al-Waqi'ah, dengan harapan agar rezekinya bertambah luas, di samping amalan hariannya untuk istiqomah[3] dalam melakukan ibadah. Matanya segera berpaling memerhatikan handphonenya yang sedang berbunyi, ternyata ada mesej yang masuk. Segera dibuka security code dan terus membaca isinya..'Oh,mesej dari Faris,...' Detik hatinya...

"Assalamu'alaikum..Maaf Is busy sangat semalam...tak sempat nak mesej..."

Delisha Iman tersenyum simpul. Memang menjadi kebiasaan Faris Haikal untuk meminta maaf apabila tidak membalas mesej. Senyum simpul Delisha Iman membawa maksud bahawa dia sudah masak dengan sikap Faris Haikal. Perhubungan mereka yang agak lama telah menjadikan Delisha Iman sangat memahami dengan sikap dan peribadi Faris Haikal.

Firasat hati Delisha Iman kali ini tepat lagi apabila membaca isi mesej dari Faris Haikal. Memang Faris Haikal ada alasan untuk tidak reply mesej pada masa-masa tertentu. Tidak mengapa, Delisha Iman sentiasa menerima alasan yang diberi.

Dengan hati yang agak terpujuk Delisha Iman menjawab....

"Wa'alaikumussalaam.. takpe...tapi perkara apa yang Is nak bagitau semalam..?"

"Is nak bagitahu, Is nak stop kan hubungan kita....sebab banyak benda yang perlu Is fokuskan...harap Iman faham....kalau ada jodoh, insha-Allah tak ke mana."

"Haila! Kenapa dengan tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba je buat keputusan macam ni?" Delisha Iman mengerutkan dahinya. Mesej Faris Haikal dibacanya berulang kali. Mimpi apakah yang menyelubungi Faris Haikal atas keputusannya yang tidak diduga? Dulu janji

untuk datang melamar dirinya seakan-akan dilupakan sebegitu saja. Harapan menggunung yang dahulu diberikan, kini bertukar menjadi debu-debu yang berterbangan melarikan diri dari gunung yang menggunung itu. Perasaan Delisha Iman ketika ini amat sukar untuk digambarkan, sedih hanya Allah saja yang tahu...Selama ini Faris Haikal banyak memberikan motivasi dan semangat padanya, kini ingin pergi meninggalkan dirinya tanpa alasan yang munasabah. Detik hatinya.....
'Dia nak tinggalkan aku. Ya Allah...Ya! Aku tahu dia seorang Da'ie[4] yang bakal menjadi ustaz. Kena jaga hati dan iman. Tapi.... Inikah caranya?' Delisha Iman mula bermonolog sendirian.

***



"Jangan terlalu menyayangi seseorang sehingga meletaknya di dalam hati sedalam-dalamnya, kerana kelak apabila dia pergi meninggalkan kita, sakitnya pasti sukar diubati kerana hati telah dimamah sehingga bernanah. Tetapi, sayang sekadarnya sudah memadai andai dia pergi meninggalkan kita, kesannya tidak terlalu hebat. Apa yang pasti sayangi dan cintai Tuhan yang menciptakannya dengan sedalamnya, kerana DIA pasti tidak akan meninggalkan kita...."



'The most important things that give one's life a meaning are TAQWA (piety) and sincerity. Taqwa is to curb one's fleshly desires and to strengthen the spiritual potential through prayers to God and doing good deeds for humanity....'

Buku 'Taqwa and Sincerity' karya Osman Nuri itu diletakkan bersebelahan buku-buku kuliyyahnya. Hatinya mula protes.

Pening aku dengan syarahan ni... Nak kena jelaskan tentang ikhlas dan taqwa... Hmm.. Walau pening macammana sekalipun, aku tetap kena buat jugak syarahan ni untuk present nanti... Arghh... Lima belas markah tuu.....

"Dah-dah lah tu Iman... Bawak-bawaklah berehat. Jom la turun makan kat kafe, aku laparla...." Sampuk Rasyidah dari belakang.

"Kau ni... Asyik lapar je.. Baru hari ni nak ajak aku makan. Before this asyik keluar dengan mamat tu je...." Delisha Iman tersenyum segaris. Matanya mula tertumpu pada wajah teman sebiliknya itu. Rasyidah yang mengambil jurusan engineering sangat berbeza perwatakannya berbanding dengan Delisha Iman yang mengambil jurusan Ilmu wahyu. Kehidupan Rasyidah lebih sosial berbanding dengan kehidupan Delisha Iman. Walaupun begitu, Rasyidah lebih senang dengan Delisha Iman kerana sikap dan peribadi Delisha Iman yang terlalu sempoi memikat hati Rasyidah untuk mendekatinya.
"Yela-yela... Tak nak makan dengan aku, terus terang je la... Jangan kaitkan mamat tu pulak...." Rasyidah bingkas bangun dan mencebik ke arah Delisha Iman.


"Haha.... Merajuk la tu. Jom la..!" Pantas Delisha Iman mengambil duit serta menyarungkan tudungnya dan terus berlalu mengikut rentak Rasyidah menghala ke pintu.

Kafeteria Mahallah[5] Asiah...

'Dinginnya di malam ini, suasana pilu... Terkenangnya ku kembali sejarah silam... Setelah engkau pergi, sepi hatiku. Tak mungkin bercinta lagi.... lalala...'

"Poyo gila mamat ni... Tiba-tiba jiwang malam-malam macam ni nyanyi lagu putus cinta pulak...." Separuh berbisik Delisha Iman sambil matanya memandang tepat ke bahagian meja yang diduduki oleh beberapa pelajar lelaki di situ. "Wei Rasyidah, apasal ada orang jantan kat kafe kita ni?!" Suara Delisha Iman bergetar di ruang kafeteria. Memandangkan tidak ramai orang di kafe Asiah pada malam itu, suara Delisha Iman boleh didengari oleh beberapa pelajar yang berada berdekatan dengannya.

"Entahlah Iman, maybe kafe kat hostel lelaki tutup kot malam-malam...." Rayidah berjalan mengikut langkah Delisha Iman dari belakang.


"Alaa.... Tak kan la tak boleh kot kita orang lepak kat sini, tukar angin.. Asyik makan kat sana je, boringla.. Nak jugak rasa makanan kat sini,... Kan cik Delisha Iman... Hehehe...."

Dengan muka yang agak selamba, Amir Asyraf menyampuk perbualan Rasyidah dan Delisha Iman. Amir Asyraf yang menetap di mahallah Bilal sangat kerap bertandang ke mahallah Asiah. Perjalanan yang mengambil masa beberapa minit sahaja dengan menaiki motor untuk ke mahallah Asiah menyebabkan dia lebih gemar untuk makan dan minum di situ. Kerana Delisha Iman lah Amir Asyraf selalu bertandang ke kafe Asiah.

"Kepala lutut kau tukar angin.. Jangan sampai angin taufan pulak datang.... Dengar sini wahai encik Amir Asyraf. Ini adalah kafe perempuan. Awak dan kawan-kawan awak yang bernama LELAKI tidak berhak masuk ke kawasan ini! Faham?" Dengan tegas amaran yang diberi oleh Delisha Iman. Matanya membulat menahan marah.


"Amboi... Kerek nampak.. Jual la mahal.. Tengok sikit ada tak orang nak kat dia.. Orang dekat sini nak, dia jual mahal sangat...." Amir Asyraf sekali lagi cuba mengubah reaksi Delisha Iman.

"Lantak r....! Bhai, bagi nasi goreng ayam dengan milo ais satu. Bungkus! Malas aku nak layan mamat serabut ni.... Syidah, cepat la order, kita makan kat bilik je.... Cepat sikit....!!" Delisha Iman merengus perlahan menahan geram. Sikap Amir Asyraf yang kerap kali mengganggunya membuatkan dia melepaskan geram pada malam itu. Baginya Amir Asyraf semakin melampau sehingga berani masuk ke kawasan perempuan. Pak guard yang menjaga pagar mahallah Asiah sangat tidak tegas terhadap pelajar lelaki. Sudah lali Delisha Iman untuk membuat aduan tentang kes-kes yang melibatkan kaum adam. Hatinya bermonolog sendirian.

***


[1] Lagu dari sebuah Filem hindustan.

[2] Perbincangan isu agama dalam kelompok yang kecil. Ia telah wujud pada zaman Rasulullah saw lagi. Rasulullah saw selalu membuat perbincangan agama dalam kelompok yang kecil di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam.

[3] Berterusan.

[4] Pendakwah yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

[5] Mahallah merujuk kepada hostel atau tempat tinggal pelajar-pelajar di UIA





0

| Email this story Email this Novel | Add to reading list



Reviews

About | News | Contact | Your Account | TheNextBigWriter | Self Publishing | Advertise

© 2013 TheNextBigWriter, LLC. All Rights Reserved. Terms under which this service is provided to you. Privacy Policy.