Welcome Visitor: Login to the siteJoin the site

Kasih Azlina - Novel Satu

Novel By: Sakura Sakuragi
Romance


“KASIH AZLINA” mengisahkan tentang liku-liku kehidupan pasangan romantik Azril dan Zalina dengan begitu baik dan teratur. Kisah melodramatik yang penuh dengan aksi suspen dan thriller ini adalah diadaptasikan daripada sebuah novel yang belum pernah diterbitkan, tetapi berjaya memenangi hati pembacanya di sebuah laman web suatu ketika dahulu. Penulis novel telah membenarkan kisahnya digubah sekiranya perlu untuk diadaptasikan kepada sebuah drama bersiri ataupun telenovela suatu hari nanti.

Kisah yang tragik dan penuh debaran ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana produser mahupun penerbit, kerana pada hemat saya – bakal menjadi "the best hit of all time" suatu hari nanti.

Selamat Membaca! View table of contents...


Submitted:Jun 5, 2008    Reads: 713    Comments: 1    Likes: 2   


PROLOG



"KENAPA?" Itulah persoalan yang bermain di minda Azril. Dia masih tidak percaya dengan peristiwa yang benar-benar mengunci pintu takdir. Takdir yang telah membuatkan dirinya terpaksa pasrah.

"Tak adil macam ni," dia menggelengkan kepalanya, lalu air matanya mengalir perlahan-lahan. Hatinya terluka dan kecewa. Dia masih cuba untuk menyalahkan takdir. Namun hatinya tetap memaksa dirinya untuk pasrah dan berserah. Dari Allah s.w.t. kita datang, dan kepadaNya jua kita kan kembali. Itulah azimat dan kata-kata yang sering keluar dari mulut kedua ibu bapanya, sejak dia masih kecil, hingga dewasa.

"Along…" Azril menoleh, dan melihat dua orang adiknya datang menghampiri. Dalam sendu, mereka bertiga berpelukan. Sebagai abang sulung, Azril cuba untuk mencari kekuatan, namun dia sedar. KepadaNya sajalah dia berharap dan meminta pertolongan, dan takdir ini merupakan suatu ujian yang sangat berat untuk dipikul oleh sesiapa pun, termasuklah diri Azril.

"Ya Allah! Aku memohon kepadamu agar roh mak dan abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana, di sisimu dan semoga kami dapat bertemu mereka semula bersama-sama, di syurga nan abadi…." Azril meleraikan pelukan. Arien dan Azrai masih lagi terkejut. Dia menantikan Azril untuk berkata sesuatu;

"Along? Kita mesti inform Uncle Solihin pasal perkara ni, dan bincang mengenai majlis tahlil serta pengkebumian jenazah?!" cadang Arien. Azril hanya mampu untuk menganggukkan kepalanya. Azrai pula hanya diam membisu seribu bahasa.

Azril tidak menyangka, percutiannya pada musim panas bersama keluarga tersayang di Malaysia, kini telah bertukar menjadi tragedi yang amat menyayat hatinya. Dia sangat menyayangi ibu dan bapanya, namun Tuhan lebih menyayangi mereka. Kemalangan yang membabitkan kereta bapanya dengan sebuah lori tangki bahan kimia telah meragut nyawa kedua-dua insan yang paling dikasihi oleh Azril.

Azril bersama-sama dua adiknya keluar meninggalkan ruang legar Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) untuk menuju ke rumah Dr. Solihin. Mereka bertiga kini tiada tempat untuk bergantung. Kebanyakan ahli keluarga sebelah ibu dan bapa mereka tidaklah rapat sangat dengan mereka. Jika rapat sekalipun, mereka tinggal agak jauh.

"Along, kita tak ada duit kan? Macam mana nak uruskan jenazah mak dan abah nanti?" tanya Arien.

"Tak apa, Along adalah duit sikit. Walaupun tak banyak sangat, tapi bolehlah buat belanja untuk perkara yang penting-penting tu nanti…" jawab Azril. Dia cuba mencongak duit biasiswa yang masih tersimpan di dalam akaun banknya. Walaupun umur yang masih di awal 20-an, hakikatnya dia tidak pernah luntur semangat bagi mengawal suasana, apatah lagi demi masa depan adik-adiknya yang dikasihi.

"Hmm, Alang pun ada dalam RM300 dalam ASB… kalau nak guna, boleh juga?" sampuk Azrai setelah lama mendiamkan diri.

"Angah pun ada sikit simpanan dalam ASB…."

Azril tersenyum kelat. Dia sedar, faktor kewangan adalah amat penting apabila mahu menguruskan jenazah, apatah lagi untuk dua orang sekaligus.

"Takpe, Along mungkin ada cara untuk uruskan hal ni. Kamu berdua simpanlah duit itu semua untuk masa depan masing-masing ya?" Azril memaut bahu Arin dan Azrai. Semangat cinta jitu terhadap mereka sesama sendiri menjadi semakin kukuh dan mekar berkembang. Mata Azril bergenang. Dia semakin pasrah menghadapi kehidupan. Pipi kirinya dikucup oleh Arien, dan akhrinya mereka bertiga meninggalkan HBKL dengan perasaan yang sedih sekali.





2

| Email this story Email this Novel | Add to reading list



Reviews

About | News | Contact | Your Account | TheNextBigWriter | Self Publishing | Advertise

© 2013 TheNextBigWriter, LLC. All Rights Reserved. Terms under which this service is provided to you. Privacy Policy.