Random First Lines: "A Star That Brings You Light" All alone, wishing on the stars Waiting for you to find me One sweet... : Poetry » Read

Welcome Visitor: Login to the siteJoin the site

Kasih Azlina - Novel Satu

Novel By: Sakura Sakuragi
Romance


“KASIH AZLINA” mengisahkan tentang liku-liku kehidupan pasangan romantik Azril dan Zalina dengan begitu baik dan teratur. Kisah melodramatik yang penuh dengan aksi suspen dan thriller ini adalah diadaptasikan daripada sebuah novel yang belum pernah diterbitkan, tetapi berjaya memenangi hati pembacanya di sebuah laman web suatu ketika dahulu. Penulis novel telah membenarkan kisahnya digubah sekiranya perlu untuk diadaptasikan kepada sebuah drama bersiri ataupun telenovela suatu hari nanti.

Kisah yang tragik dan penuh debaran ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana produser mahupun penerbit, kerana pada hemat saya – bakal menjadi "the best hit of all time" suatu hari nanti.

Selamat Membaca! View table of contents...

Submitted: Jun 6, 2008    Reads: 50    Comments: 0    Likes: 0   


SUASANA di Hospital Daerah Taiping agak sunyi. Aku dan Opah melangkah masuk menuju ke wad kelas ketiga. Kami sebenarnya dibenarkan masuk pun kerana Opah merupakan seorang bekas bidan yang terkenal di daerah ini.
Aku terus naik ke tingkat empat dan akhirnya masuk ke dalam sebuah bilik. Sepatutnya Atuk berada di sebuah Hospital Swasta di Kuala Lumpur, dan perbelanjaannya akan ditanggung oleh uncle aku yang tinggal di K.L. tu, cuma.... Atuk aku sendiri yang tak mahu. Jadi, kat sini jugak la dia terpaksa bersendirian. Kalau Opah aku ada masa, dia akan melawat sambil sedara mara aku yang lain pulak datang sekali-sekala saja.

Saat aku masuk ke dalam bilik, dari jauh aku nampak Atuk sedang duduk bertasbih seorang diri. Memang dah dasar orang berketurunan jawa ni, selalunya kalau tak kuat beribadat tu.... agaknya macam tak sah. Atuk aku pun salah seorang yang cukup kuat beribadat. Cuma, bila dah uzur dan banyak penyakit macam sekarang ni, dia dah tak boleh jadi imam di surau lagi. Itu yang banyak membuatkan dia termenung sorang-sorang. Aku rindu dengan cerita-cerita lama Atuk dan nasihat-nasihat dia seperti dulu. Atuk….
Aku mencium tangan atuk yang kelihatan tersenyum sedikit bila menyedari kedatanganku. Air matanya bergenang. Aku juga turut sebak, tapi... saja cuba control cool. Opah cepat bertindak untuk membetulkan kedudukan Atuk yang sudah mula berbaring.
Kemudian, kami semua duduk dan aku sempat merenung bermacam-macam jenis jarum yang tercucuk di tangan dan kaki Atuk. Melihatkan keadaannya sebegitu, terasa sebak di dadaku. Kalau boleh aku nak jadi doktor seketika itu juga. Aku mahu sembuhkan penyakit Atuk, dan aku nak lihat dia sihat. Berjalan-jalan bersama aku di kebun, berbual-bual dan berceloteh seperti dulu. Aku ingin melakukan semua itu, tapi siapa aku? Aku bukanlah seorang doktor.
“Along......” suara Atuk tersekat-sekat, dan aku hampir tak dapat untuk mendengari lagi perkataan-perkataan yang diperkatakan berikutnya. Aku mendekatkan telingaku ke mulutnya.
“.... bila nak....” aku menunggu….
“....kawin...?” dan dia kemudian tersenyum sambil airmatanya dikesat oleh jari jemariku sendiri.
Aku duduk, dan aku faham. Kedudukan aku sebagai cucu sulung di dalam keluarga Atuk membuatkan dia suka mengambil berat akan perihal aku. Aku pun sudah berusia hampir 30 tahun dan masih belum menjumpai seorangpun calon yang sesuai. Bukannya tak pernah jumpa, cuma.... isk!!! Panjanglah ceritanya Atuk. Isk isk... sedih pulak rasanya.
“....nantilah Atuk, Along masih belum jumpa calonnya lagi….” balasku lembut sambil Opah pula memegang bahuku bagaikan kesal dengan jawapanku tadi. Paling kurang pun, aku sepatutnya memberikan harapan kepada Atuk, yang aku akan berkahwin atau bertunang dalam masa terdekat ini. Tapi, aku tak pandai menipu dan tak mungkin untuk aku berkahwin dalam masa terdekat ini. Kalau setakat main pakai tangkap muat tu, maybe bolehlah. Tapi, apakah ertinya?
Aku pandang wajah nenek yang sudah berkedut seribu. Wajahnya ada iras-iras sedikit seperti wajah arwah ibu. Tiba-tiba hatiku terasa pilu. Ya, aku faham dengan kedudukan aku yang sangat berpengaruh di dalam keluarga. Aku faham akan harapan mereka.
“Sabarlah Atuk, kalau Along bertemu dengan orang yang sesuai, Along akan kenalkan pada Atuk.” aku mengungkapkankan janji yang mungkin amat bermakna pada Atuk yang sangat aku sayangi. Aku melihat, Opah mengesat airmata. Mata aku juga bergenang, mengenangkan merekalah sahaja penaung kami untuk secebis kasih sayang yang sepatutnya diterima dari kedua ibu bapa kami. Masakan aku mahu menghampakan mereka berdua?
     Perbualan aku bersama Opah dan Atuk tak banyak. Aku sempat juga berbual dengan doktor yang bertugas. Begitu juga dengan para jururawat yang banyak membantu. Atuk menghidap banyak penyakit tua, di antaranya kencing manis, darah tinggi, dan juga lemah jantung. Tapi, masalah utamanya ialah dia menghidap penyakit kencing manis yang serius. Kalaulah aku ni ada banyak duit, mungkin aku dah lama hantar Atuk ke luar negeri dan sembuhkan penyakitnya yang kronik ini. Mungkin juga di Malaysia pun boleh sebab taraf teknologi perubatan tempatan yang sudah canggih?
Cuma, aku tak memiliki fund sebanyak yang orang-orang berada miliki. Aku cuma ada harta wasiat ibu dan ayah. Aku pun baru balik dari oversea, walaupun pernah bekerja di sana, namun gajinya taklah selumayan mana. Aku pun bukan seorang doktor. Kalau aku ada contact, maybe aku akan cuba sedaya upaya aku untuk membantu Atuk. Aku tak mahu kehilangan orang-orang yang tersayang lagi. Cukuplah kenangan pahit tiga tahun yang lalu. Aku tak mampu lagi, hidup tanpa belaian kasih sayang dari orang tua. Yang banyak membimbing dan membantu. Ya, aku sudah dewasa…. tapi, aku masih memerlukan kasih sayang suci mereka.


0

Email this story Email this story | Print Story Print Story | Add to reading list



Add Your Comments:

Your Name:

Spam protection control::

© Copyright 2009 Sakura Sakuragi All rights reserved. Sakura Sakuragi has granted theNextBigWriter, LLC non-exclusive rights to display this work on Booksie.com.

Add to Reading List
Become a fan
Email this story Email this story
Read/Write Reviews Read/Write Reviews
Print Story Print Story



Other writing by Sakura Sakuragi Naga Kelima Sakura Sakuragi's Blog Naga Unicorn More..



Tags

Love, Poetry, Death, Life, Poem, Romance, Pain, Fantasy, Sad, Hope, Sex, Horror, Hate, God, War, Hurt, Sadness, Loss, Dark, Humor, Fiction, Depression, Heart, Family, Friendship.

About | News | Contact | Your Account | TheNextBigWriter | Advertise

© 2008 TheNextBigWriter, LLC. All Rights Reserved. Terms under which this service is provided to you. Privacy Policy.