Random First Lines: "A Star That Brings You Light" All alone, wishing on the stars Waiting for you to find me One sweet... : Poetry » Read

Welcome Visitor: Login to the siteJoin the site

Kasih Azlina - Novel Satu

Novel By: Sakura Sakuragi
Romance


“KASIH AZLINA” mengisahkan tentang liku-liku kehidupan pasangan romantik Azril dan Zalina dengan begitu baik dan teratur. Kisah melodramatik yang penuh dengan aksi suspen dan thriller ini adalah diadaptasikan daripada sebuah novel yang belum pernah diterbitkan, tetapi berjaya memenangi hati pembacanya di sebuah laman web suatu ketika dahulu. Penulis novel telah membenarkan kisahnya digubah sekiranya perlu untuk diadaptasikan kepada sebuah drama bersiri ataupun telenovela suatu hari nanti.

Kisah yang tragik dan penuh debaran ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana produser mahupun penerbit, kerana pada hemat saya – bakal menjadi "the best hit of all time" suatu hari nanti.

Selamat Membaca! View table of contents...

Submitted: Jun 12, 2008    Reads: 46    Comments: 0    Likes: 0   



GEDEGANG!”               “WHAMP!”   


GEDEBUK!!!”        “WHOAK!!

AZRIL tersadai di tepi locker. Matanya bergenang dengan air mata kemarahan seorang lelaki. Ditambah pula dengan sedikit darah yang mengalir dari bibirnya yang terluka, telah menampakkan kejantanannya. Dia mengesatnya dengan lengan yang telah pun lebam.
Dia sepatutnya tidak melawan senior-senior yang sedang mengelilinginya sekarang, namun dia merupakan seorang jantan yang sejati. Dia mahu melawan, biarpun maut adalah jalan terakhir bagi dirinya. Di sekeliling mereka, kaca daripada cermin tingkap telah bertaburan angkara senior yang menghentakkan kerusi di tepian tingkap.
Azril cuba bangun dan kemudian bersuara, “Jangan jadi pengecut! Ini saja yang korang mampu buat? HAH?! Satu lawan Sepuluh? Tapi, ini je ke yang korang boleh BUAT?!!! HAAHH?! Pengecut!” jerit Azril sambil membuka kekuda barunya.
Salah seorang senior yang digelar 'Firaun' oleh rakan-rakannya mula menghampiri Azril. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri dan cuba bersabar. Tetapi, kali ini dia tidak boleh berdiam diri lagi. Dia telah tercabar. Firaun telah tercabar dan budak lelaki degil ini mesti diajar dengan erti tradisi Kolej Ketujuh.
‘Aaah, bukan tradisi kolej tapi, tradisi Kumpulan Tujuh Lekur!’ bisik hati Firaun membara. Matanya tercegil ke arah Azril yang masih belum mahu mengalah.
Firaun mengatur kekudanya. Bunga permainan 'tomoi' atau kick-boxing ala-siam kini mula dibuka satu persatu. Azril mula faham akan kehendak Firaun yang mahu menggunakan teknik tomoi itu. Azril mula teringat akan pesan Rudi di tika perguruan. ‘Kau guna tomoi ni, untuk musuh yang menggunakan tomoi juga!’
Azril juga mula meringankan badannya dengan melompat sedikit demi sedikit. Dia melompat ke kiri dan ke kanan seakan menari mengikuti rentak muzik Thailand. Dia membuka seni permainan tomoi tradisi Cheli. Azril telahpun tamat berguru dengan Rudi sejak sekian lama, dan dia kini boleh mempertahankan dirinya sendiri.
“Ambik kaaaaaaau!....” Firaun bersuara untuk membelasah Azril dengan satu tendangan kanan jurung ke sisi. Azril menepis dengan mengangkat kaki kirinya, dan membuat serangan ‘counter' melalui tendangan “Jejak Harimau Tidak Berharapan” empat kali ke kanan Firaun.

ZUPP - ZUPP - ZUPP - ZUPP!!

Akhirnya, satu daripada tendangan-tendangan tersebut dapat juga mengenai sasaran.
“Ah! Celaka....!!” bentak Firaun. Ini telah membuatkan senior-senior yang lain pula ingin menyerbu Azril, tetapi sempat dihalang oleh Firaun.
“Woi!..... Felo Kolej datang beb! Lari!!!” jerit salah seorang daripada orang-orang kumpulan Tujuh Lekur. Azril merasa lega dengan melihat senior sorang demi seorang meninggalkan bilik tersebut. Firaun terus terduduk di atas katil. Seorang lagi senior cepat-cepat pula untuk membersihkan bilik.
Tidak lama kemudian, seorang felo atau warden Kolej Ketujuh, masuk dan melihat-lihat bilik yang agak luas itu.
“Ada apa-apa masalah di sini?” tanya Encik Khamis. Azril diam dengan selamba. Firaun bangun untuk menjawab, “Takde pape masalah cik.....”
Azril ingin beredar tetapi di halang pula oleh Encik Khamis.
“Ni kenapa mulut berdarah? Lengan awak luka ni?.... Dan, kenapa cermin-cermin di hujung sana hilang? Apa yang dah berlaku?” tegur Encik Khamis sambil matanya melilau untuk mencari-cari kesan kaca di tepi-tepi dinding.
“Tiada apa-apa encik. Cuma saya masuk sini nak cari ubat saja.... Bukannya teruk sangat pun luka ni.” balas Azril dengan tenang. Riak wajah Firaun menampakkan rasa terkejutnya bila mendengar jawapan Azril. Encik Khamis tersenyum memahami dan dia terus menarik Azril keluar dari bilik. Azril terus dibawa ke klinik untuk membuat pemeriksaan.




SETELAH
pulang dari klinik, Azril masuk semula ke dalam biliknya. Dua orang rakan sebilik, sedang menunggu kepulangan Azril. Bagaikan seorang wira, Azril melangkah masuk ke dalam biliknya dengan tenang.
“WEH! Cayalah lu mamat.... memang berani la lu!” itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Kamil, rakan sebaya Azril yang mula-mula sekali berjabat tangan dengannya pada minggu orientasi. Jadi, Kamil jugalah merupakan kawan barunya di kolej buat dua tiga hari ini. Lagipun, Kamil sekarang satu bilik dengannya.
Tanpa berlengah, Azril membuka baju dan terus mencapai kain tuala untuk pergi mencuci badan. Dia tidak mengendahkan langsung pujian yang telah dihamburkan oleh rakan sebiliknya itu.
“Eh, kau nak ke mana pulak tu Azril?....” tanya Azlan, seorang lagi rakan sebiliknya.
“Mandi......” jawab Azril tenang. Dia terus berlalu dengan aksi yang agak dingin. Dia menuju ke bilik air untuk mandi.


0

Email this story Email this story | Print Story Print Story | Add to reading list



Add Your Comments:

Your Name:

Spam protection control::

© Copyright 2009 Sakura Sakuragi All rights reserved. Sakura Sakuragi has granted theNextBigWriter, LLC non-exclusive rights to display this work on Booksie.com.

Add to Reading List
Become a fan
Email this story Email this story
Read/Write Reviews Read/Write Reviews
Print Story Print Story



Other writing by Sakura Sakuragi Naga Kelima Sakura Sakuragi's Blog Naga Unicorn More..



Tags

Love, Poetry, Death, Life, Poem, Romance, Pain, Fantasy, Sad, Hope, Sex, Horror, Hate, God, War, Hurt, Sadness, Loss, Dark, Humor, Fiction, Depression, Heart, Family, Friendship.

About | News | Contact | Your Account | TheNextBigWriter | Advertise

© 2008 TheNextBigWriter, LLC. All Rights Reserved. Terms under which this service is provided to you. Privacy Policy.