AZRIL lama merenung muka Sentil, Saiful, dan Amros. Dia tidak faham kenapa ketiga-tiga orang lelaki ini sanggup datang dari kolej yang lain untuk menyelamatkannya. Adakah secara tidak sengaja? Atau memang mereka sudah lama mengekori pergerakannya? Azril masih meneka.
“Terima kasih....” dia mengucapkannya sekali lagi dengan rasa terharu.
“Alah, perkara kecik je tu beb! Lu dah kira berani lah tu sebab telah berjaya memalukan orang-orang Tujuh Lekur malam tadi. That wuz a cool speech man!!!” gelak Saiful sambil Sentil pula tersengih-sengih.
“The shortest speech anyway?! Hahaha!” Amros juga bersetuju.
“Come on! Minum la cendol tu sampai abis. Nanti, aku mintak felo kolej tu pindahkan kau dari situ. Kau boleh jadi ahli kumpulan kitaorang pulak. Amacam? Orait tak?” sambung Saiful lagi. Amros dan Sentil mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.
“Macam mana nak lakukannya? Ingat senang ke?” tanya Azril.
“Apa lak yang macam mana??” tanya Amros balik dengan serius.
“Aku heran gak la, macam mana korang nak pindahkan aku? Apa kuasa korang?” tanya Azril dengan lebih tepat.
“Itu senang saja.....” jawab Saiful. “Kau rasa-rasa la, aku ni siapa?” tanya Saiful lagi.
Azril menghirup air cendol. Sambil itu otaknya ligat cuba mencari jawapan. Namun ternyata, soalan Saiful itu amat sukar untuk diteka jawapannya.
“Tak tahu pulak aku....” jawab Azril selamba.
Amros dan Sentil tersengih. Saiful pula hanya tersenyum dan menepuk-nepuk bahu Azril. Cuma satu sahaja yang Azril pasti. Saiful memiliki sifat yang sangat berkarisma, dan positif.
SEBENARNYA, Saiful merupakan anak kepada Naib Censelor Universiti Malaya. Dia juga merupakan “Pengerusi Majlis Persatuan Pelajar-pelajar Universiti Seluruh Semenanjung Malaysia” dan juga pesilat ternama di dalam persada seni silat olahraga peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Saiful sudah lama menggerakkan satu kumpulan yang dikepalai olehnya sendiri bagi melumpuhkan kumpulan-kumpulan samseng di semua universiti, kolej dan sekolah di seluruh Malaysia. Impiannya adalah untuk menjadikan semua IPTA di Malaysia bebas daripada gejala masalah sosial. Malah, semua Pensyarah dan Gabungan Badan Disiplin Universiti merestui pergerakannya itu.
Malah, dia juga seorang pelajar yang bijak, rajin dan genius kerana sentiasa memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang dengan purata skor 3.80 - 4.00 CGPA setiap semester. Setelah lama dia berfikir, akhirnya Saiful mengambil keputusan untuk menjadikan Azril, sebagai adik angkatnya. Sentil dan Amros juga bersetuju.



Email this story
Add to reading list












