ZALINA tiba di Kolej Kelima tika malam sudahpun menjadi awal pagi. Nasibnya baik kerana cara kehidupan di Universiti Malaya agak bebas. Dibenarkan keluar masuk kolej sesuka hati tidak kira masa. Mungkin kerana kebanyakan pelajarnya adalah cemerlang di dalam bidang akademik, maka pihak pengurusan kolej dan universiti membenarkannya. Asalkan keputusan pelajaran mereka terus cemerlang.
‘Pandai-pandailah kan?’ bisik hati kecilnya. Dia masuk ke dalam bilik, dan rakan sebiliknya Ros, masih lagi belum terlelap. Ros sedang mengulangkaji pelajaran dengan tekun. Ros juga adalah seniornya.
“Lewat lagi hari ni awak balik Zalina?” tegur Ros yang agak alimah orangnya. Zalina diam dan terus berbaring di atas katil.
“You ni tak abis-abis study ye Ros?” tanya Zalina dengan perasaan yang agak cemburu.
“Biasalah, habis tu… dah tugas kita di universiti ni bukan untuk belajar ke?” perli Ros dengan pedas sekali. Namun, Zalina tidak mengendahkan jawapan Ros itu.
Matanya pula cuba melontarkan pandangan ke luar jendela. Sambil mengintai bayang-bayang lelaki yang keluar-masuk dari kolej yang sama. Mungkin mereka semua hendak keluar pergi minum agaknya? Sudah menjadi trend pelajar IPTA sekarang suka keluar malam dan balik keesokan paginya.
Belum sempat Zalina nak mengalihkan pandangannya, dia ternampak kelibat Azril serta rakan-rakannya sedang berjalan masuk ke dalam kolej. Matanya masih melekat pada Azril. Hatinya berdebar dan terus dia mengalihkan pandangannya.
‘Hah? Dia satu kolej dengan aku ke? What?' bisik hatinya yang masih berdegup kencang.
SAIFUL mencampakkan tin minuman ringan cola kepada Azril dan Amros.
“Aku nak ponteng kelaslah esok.” Azril dengan selamba sahaja mula bersuara.
“Langkah mayat gua dulu beb! Over my dead body!” tegur Saiful dengan tegas. Matanya menyala dengan sinar ketegasan. Amros tersengih dan Azril pula menepuk dahinya tanda kecewa dengan cara Saiful berfikir.
“Alaa, dah pukul berapa ni? 2:30 pagi kau tahu? Mana cukup tido! Alaahhh! Kasi la chance!” Azril menyuarakan perasaannya sambil meneguk air Coke yang Saiful belanja.
“Kau ni, datang universiti nak main-main ke? Atau kau nak belajar?” tanya Amros pula.
“Kau Amros?....” Azril tanya Amros balik.
“Aku?.... hahak! Aku mesti la nak main-main kan!!! Buat apa nak belajar? Poyo je! Har har har!” gelak Amros sambil Saiful membaling bantal ke muka Amros.
“Tak guna punya mentor! Macam tu ke nak ajar adik??” bentak Saiful sambil terus lagi membaling bantal-bantal ke arah Amros. Azril juga ketawa berdekah-dekah.
“Tapi kan, aku datang ke universiti ni sebenarnya sebab..... sebab, aku nak kenal apakah ertinya CINTA?” suara kecil Azril telah membuatkan bilik itu sunyi.
“Haaah?~~” Amros dan Saiful ternganga. Mereka tidak dapat mempercayai apa yang mereka dengari.
Azril tersengih dan kemudian menyambung ketawanya. Mereka terus ketawa. Bukankah ketawa itu salah satu penawar bagi segala penyakit sedih? Cuma, Azril masih tidak dapat melupakan gadis itu tadi. Siapakah gerangannya? Apakah mungkin Zalina akan menjadi gadis milik Azril suatu hari nanti? Hanya Tuhan saja yang tahu.



Email this story
Add to reading list












