Random First Lines: And then Prince Jared froze. He froze where he stood, staring at the area I pointed out where the tower was,... : Literary Fiction » Read

Welcome Visitor: Login to the siteJoin the site

Kasih Azlina - Novel Satu

Novel By: Sakura Sakuragi
Romance


“KASIH AZLINA” mengisahkan tentang liku-liku kehidupan pasangan romantik Azril dan Zalina dengan begitu baik dan teratur. Kisah melodramatik yang penuh dengan aksi suspen dan thriller ini adalah diadaptasikan daripada sebuah novel yang belum pernah diterbitkan, tetapi berjaya memenangi hati pembacanya di sebuah laman web suatu ketika dahulu. Penulis novel telah membenarkan kisahnya digubah sekiranya perlu untuk diadaptasikan kepada sebuah drama bersiri ataupun telenovela suatu hari nanti.

Kisah yang tragik dan penuh debaran ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana produser mahupun penerbit, kerana pada hemat saya – bakal menjadi "the best hit of all time" suatu hari nanti.

Selamat Membaca! View table of contents...

Submitted: Sep 3, 2008    Reads: 32    Comments: 2    Likes: 2   


AKU berlari dengan sekuat-kuat hati aku. Keadaan di sekelilingku gelap gelita. Setahu aku, sekarang aku berada di dalam hutan. Aku masih berlari sekuat hati. Suara orang-orang yang mengejar aku kedengaran di belakang, beramai-ramai. Aku berhenti seketika untuk mengambil nafas sambil termengah-mengah kepenatan. Aku cuba memerhatikan keadaan sekeliling jikalau aku boleh menyembunyikan diri.

Cilake! Tiada tempat untuk aku menyusup. Aku terus berlari lagi, dan tidak sampai dua tiga langkah, cahaya yang terang benderang memancar di hadapan mata aku. Aku terpempan dan berkali-kali aku mencuci mata agar penglihatanku semakin jelas. U.F.O.? Betul ke ni? Biar benar?

Kapal angkasa U.F.O. itu terus perlahan-lahan turun ke bawah dan mendarat. Aku hanya mampu menunggu. Makhluk-makhluk yang mengejar aku tadi akhirnya bertempiaran lari kerana ketakutan yang amat sangat. Pintu U.F.O. tersebut pun terbuka, dan beberapa ekor alien datang menghampiri aku.

“Weh! Bangun la wei!.... dah pukul 7:00 pagi woi!” aku melihat seekor alien berwajah beruk, berkata-kata di hadapan aku. Pendek dan berbulu lebat. Aku meneliti wajah alien tersebut dan mengamati lidahnya yang merah menyala. Matanya biru, dan berkulit gelap serta kehijauan. Aku cuba memberikan senyuman. Mana nak tahu, dia akan melepaskan aku dari kepungan ini?

“Weh?!! Senyum-senyum pulak dia?..... Cepat la bangun!! Kita orang dah nak blah pegi kerja ni....” aku melihat seekor lagi alien di sebelah. Dia sedang memegang senjata yang aneh. Aku cuba berundur dan kakiku tersadung seketul batu, dan aku rasa seperti nak jatuh gaung... Alamak, tolong!! Toloongg!!

“ARRRGHHHHH!.... Tolong! Alien!” aku terjaga dari tidur. Atan dan Shamsul menggelengkan kepala melihat aku. Aku sedikit lega bila mendapati, semua itu tadi hanyalah mainan tidur je. Pelik, macam mana boleh bermimpi benda mengarut macam ni? Dah sah rumah budak-budak ni ada apa-apa tak?

“Bangun la.... Kitaorang nak kunci pintu, nak pegi kerja. Kau pulak, membuta sampai tengah hari.... susah la weh!” suara Atan memperli aku. Straight cut betul!

“Hmmm, kau balik la dulu. Petang nanti kitaorang datang rumah kau pulak... okeh?” pesan Shamsul dengan tenang. Aku menganggukkan kepala dan bangun menuju ke bilik air.


2

Email this story Email this story | Print Story Print Story | Add to reading list

Comments:

belum bersambung? dekat sebulan dah saya tak masuk tapi masih belum ada sambungan. kalau ada kelapangan tolong la sambung eh :). terima kasih.

Posted: Oct 6, 2008

Author Comment:

insyaAllah saya akan sambung, sebab saya di United Kingdom sekarang, baru ada kelapangan utk online.... sila nantikan ya....

ida
(not registered user)

rasenye dr 3thn yg lpas lg novel ni tgantung mcm ni :(

Posted: Oct 16, 2008

Author Comment:

nanti saya akan sambung, sila nantikan sambungannya... :-)



Add Your Comments:

Your Name:

Spam protection control::

© Copyright 2008 Sakura Sakuragi All rights reserved. Sakura Sakuragi has granted theNextBigWriter, LLC non-exclusive rights to display this work on Booksie.com.

Add to Reading List
Become a fan
Email this story Email this story
Read/Write Reviews Read/Write Reviews
Print Story Print Story



Other writing by Sakura Sakuragi Naga Kelima Sakura Sakuragi's Blog More..



Tags

Love, Poetry, Death, Life, Poem, Romance, Pain, Fantasy, Hope, Sad, Sex, Hate, God, Horror, War, Humor, Hurt, Sadness, Loss, Dark, Fiction, Depression, Heart, Family, Friendship.

About | News | Contact | Your Account | TheNextBigWriter | Advertise

© 2008 TheNextBigWriter, LLC. All Rights Reserved. Terms under which this service is provided to you. Privacy Policy.