Tokoh-Tokoh Penting Dalam Sejarah Kerajaan Bani Umaiyah Part 1

Reads: 103  | Likes: 1  | Shelves: 0  | Comments: 0

  • Facebook
  • Twitter
  • Reddit
  • Pinterest
  • Invite

Status: In Progress  |  Genre: Religion and Spirituality  |  House: Booksie Classic

Mengisahkan tentang empat orang tokoh-tokoh penting yang terpilih pada sejarah Bani Umaiyah, iaitu Husain bin 'Ali, 'Abdullah bin Az-zubair, 'Uqbah bin Nafi' dan Thariq bin Ziad. Bahagian pertama ini hanya mengisahkan tentang Husain Bin 'Ali dan 'Uqbah Bin Nafi'.

 

 

 

HUSAIN BIN 'ALI

Husain Bin 'Ali bin Abi Talib. Dia dikenali dengan nama Abdu Abdillah dan lahir pada tahun 4 Hijrah. Dia adalah penghulu pemuda penghuni syurga. Husain Bin 'Ali terkenal dengan banyak menunaikan solat,  puasa, haji, sedekah dan pelbagai amal kebajikan lainnya.Nama ibu Husain ialah Fatimah binti Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Penduduk-penduduk Hijaz telah melantik dia sebagai khalifah setelah abangnya Hassan Bin 'Ali menarik diri.

Keluarga dan para sahabat Husain Bin 'Ali telah menasihatinya agar membatalkan perjalanan ke Kufah kerana meragui dengan keadaan dan penduduk di sana tetapi Husain Bin 'Ali meneruskan niatnya untuk pergi ke sana.Dia berangkat ke Kufah bersama ayahnya dan ikut bersamanya dalam perang Al-Jamal (perang unta), perang Shiffin dan perang melawan Khawarij. Husain Bin 'Ali juga menolak membai'at Yazid Bin Mu'awiyah sebagai khalifah sepeninggal ayahnya, Mu'awiyah Bin Abi Sufyan. Ia lalu bersembunyi di Makkah selama beberapa bulan.[1]

Penduduk Iraq membai'atnya sebagai khalifah. Setelah itu, dia berniat memerangi Yazid Bin Mu'awiyah. Sebelum itu, Yazid telah mengintai keselamatan Husain dimana matanya berkeliaran mengawasi gerak geri Husain Bin 'Ali. Suatu serangan hendap tentera Yazid yang diketuai oleh 'Ubaidullah Bin Ziad di Karbala membunuh Husain Bin 'Ali. Dia meninggal sebagai syahid pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah bersamaan tahun 681 Masihi.

'UQBAH BIN NAFI'

Nama sebenar 'Uqbah ialah 'Uqbah bin Nafi bin Abdul Qois Al Umawi Al-Quraysi Al-Fihri. Dia lahir satu tahun sebelum hijrahnya Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam ke Madinah, tetapi tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. 'Uqbah bin Nafi' adalah seorang yang sangat berani dan berpendirian kuat dan doanya sangat mustajab (dikabulkan).[1] Dia seorang panglima perang yang masyhur di Utara Afrika semasa pemerintahan Mu'awiyah bin Abi Sufian. Dia mengasaskan kota Qairawan yang kemudiannya menjadi sebuah markas tentera laut.

 
 

 'Uqbah Bin Nafi' membangun masjid di Qairawan dimana masjid tersebut sehingga sekarang masih ada dan terkenal dengan nama masjid Uqbah.[1]

Gambar Kota Qairawan yang dibangunkan oleh 'Uqbah Bin Nafi'

Gambar ini menunjukkan Masjid di Kota Qairawan yang telah dibangunkan oleh 'Uqbah Bin Nafi'

Uqbah juga memerintahkan pasukannya untuk membina perumahan di Lembah Qairawan. Pada tahun 55 Hijrah, Mu'awiyah memecatnya dari jawatannya sebagai Gabenor Afrika. Setelah dipecat, dia kembali ke wilayah Afrika bahagian timur. Pada tahun 62 Hijrah, Yazid meminta 'Uqbah Bin Nafi' untuk menjadi Gabenor wilayah-wilayah Afrika bahagian barat. Dalam satu pertempuran antara pasukan 'Uqbah dan pasukan Barbar, 'Uqbah Bin Nafi' mati terbunuh dalam peperangan tersebut di Utara Afrika pada tahun 63 Hijrah. 'Uqbah dikebumikan di Zab.

Gambar hiasan Bangsa Barbar yang membunuh 'Uqbah Bin Nafi' pada tahun 63 Hijrah

Keturunan 'Uqbah masih dijumpai di kawasan yang terbentang dari wilayah Lake Chad hingga pantai Mauritania. Suku Arab trans-Sahel "Kounta" menelusuri asal usulnya ke 'Uqbah, di Algeria, Tunisia dan Libya. Sebilangan keturunan dikenali sebagai Ouled Sidi Uqbah. Begitulah cara 'Uqbah Bin Nafi' mengorbankan nyawanya demi Islam di bahagian dunia yang jauh.[3]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Rujukan

1. Syeikh Muhammad Sa'id Mursi. 2011. Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publications. 

2. https://tirto.id/tragedi-karbala-kematian-husein-bin-ali-dan-terbelahnya-islam-c4SD

3. Uqba bin Nafe: The conqueror of Africa (arabnews.com)

 

 

 

 


Submitted: March 15, 2021

© Copyright 2021 AJ267. All rights reserved.

  • Facebook
  • Twitter
  • Reddit
  • Pinterest
  • Invite

Add Your Comments:


Facebook Comments

More Religion and Spirituality Short Stories

Other Content by AJ267

Script / Religion and Spirituality