Tokoh-Tokoh Penting Dalam Sejarah Kerajaan Bani Umaiyah Part 2

Reads: 27  | Likes: 0  | Shelves: 0  | Comments: 0

  • Facebook
  • Twitter
  • Reddit
  • Pinterest
  • Invite

Status: In Progress  |  Genre: Religion and Spirituality  |  House: Booksie Classic

Sambungan mengenai Tokoh-Tokoh Penting Dalam Sejarah Kerajaan Bani Umaiyah, iaitu mengenai kisah Tokoh 'Abdullah Bin Az-Zubair dan Thariq Bin Ziad.


'ABDULLAH BIN AZ-ZUBAIR

'Abdullah Bin Az-Zubair bin Al-Awwam adalah anak kepada salah seorang daripada sahabat-sahabat besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibunya ialah Asma Binti Abu Bakar Ash-Shiddiq. Sebelum disusukan, 'Abdullah Bin Az-Zubair dibawa menghadap Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ditahniq dan didoakan.[3] Dia digelar sebagai Hawari Rasulullah (teman setia Nabi). Lahir 28 tahun sebelum Hijrah. Tubuhnya tinggi, janggutnya nipis dan kulitnya warna coklat.[1]

Menurut Hadis Riwayat Al-Bukhari, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Setiap Nabi mempunyai hawari (sahabat setia) dan sahabat setiaku adalah Zubair" [2]

 (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No 3719, (13) Bab Manaqib az-Zubair Bin Al-Awwam, 61-Kitab Manaqib (pp 826),

  'Abdullah Bin Az-Zubair gemar mengerjakan solat, puasa, solat malam, silaturrahim dan terkenal seorang yang pemberani. Dia seorang yang baik budi pekerti dan alim dengan hukum-hukum ugama. Penduduk Mekah menyokong 'Abdullah Bin Az-Zubair untuk membalas tindakan kezaliman pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah. Ketika Yazid Bin Mu'awiyah meninggal pada tahun 64 Hijrah, 'Abdullah Bin Az-Zubair dibai'atkan menjadi khalifah. Dia memerintah wilayah Mesir, Hijaz, Yaman, Iraq, Khurasan dan sebahagian besar wilayah Syam. Dia juga menjadikan Madinah sebagai ibu kota khilafahnya. Dia menjawat jawatan khalifah itu selama 9 bulan. Selain daripada itu, dia juga khalifah pertama yang mencetak mata wang dirham yang tertulis cap "Muhammad Rasulullah" dan disisi lain tertulis cap "Allah memerintahkan untuk menepati janji dan berlaku adil".

'Abdullah Bin Az-Zubair bangun memimpin pemberontakan di Mekah dan menentang Kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik. Dia gugur sebagai Syahid pada tahun 73 Hijrah di Mekah ditangan Al-Hajjaj Bin Yusof ats-Tsaqafi pada masa pemerintahan Khalifah 'Abdul Malik Bin Marwan. Setelah dia gugur dari peperangan, Al-Hajjaj telah menyerahkan jenazahnya kepada ibunya dan memakamkannya di rumah ummul mukminin, Shafiyah Binti Huyay.[1]

 

THARIQ BIN ZIAD

Thariq Bin Ziad berasal daripada Bangsa Barbar, hamba kepada Musa Bin Nushair yang kemudian telah memerdekakannya.[4] Pada masa itu, Thariq Bin Ziad masih bertugas sebagai wakil pemerintah di Wilayah Tanjiers. Dia sangat berani dan terkenal dengan kegagahannya. Dia juga terkenal sebagau seorang panglima perang Islam yang mempunyai hati yang cekal. Musa Bin Nushair telah mengutus Thariq Bin Ziad untuk menyerang Sepanyol.

Tempat Jabal Thariq atau 'Gibraltar' adalah tempat dimana Thariq Bin Ziad dengan tenteranya berjaya meredah Selat Laut Rom dan mendarat di tempat itu.

g.webp
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan Jabal Thariq atau disebut sebagai 'Gibraltar'

Sebelum peperangan terjadi, Thariq Bin Ziad memberi kata-kata semangat yang tinggi kepada tenteranya agar dapat mengalahkan tentera Roderick yang banyak. Kemudian, beliau memerintahkan agar semua kapal laut dibakar supaya tidak ada sesiapa pun yang dapat melarikan diri balik ke Afrika. Kata-kata semangat Thariq Bin Ziad adalah seperti berikut:-

"Wahai tuan-tuan sekalian, kemanakah jalan untuk tuan-tuan hendak lari? Laut dibelakang terbentang luas dan musuh dihadapan kamu. Demi Allah, kamu harus tabah dan sabar".[5] 

  Serangan telah dilakukan oleh tentera Islam dengan menakluki dari sebuah kota ke sebuah kota yang lain. Kota-kota yang telah ditakluki itu bermula dari Malaga, Granada, Cordova dan seterusnya Toledo (tempat pusat pemerintahan Roderick).[6]

Malaga%2Bke%2Bgranada.jpg
Gambar di atas adalah peta google yang menunjukkan perjalanan dari Malaga ke Granada
Granada%2Bke%2BCordova.jpg
Gambar di atas adalah peta google yang menunjukkan perjalanan dari Granada ke Cordova
Cordova%2Bke%2BToledo.jpg
Gambar di atas adalah peta google yang menunjukkan perjalanan dari Cordova ke Toledo
Kota%2BCordova%2B%25282%2529.jpg
Gambar Kota Cordova (Sumber: Dr Hjh Lilly Suzanna)
Jalan%2Bmasuk%2Bke%2Bkota%2BCordoba.jpg
Gambar Jalan Masuk Ke Kota Cordova (Sumber: Dr Hjh Lilly Suzanna)

Dalam perlawanan itu, Roderick terbunuh dan Thariq Bin Ziad berjaya dan menang. Ini sangat mengejutkan Musa Bin Nushair dan timbul lah rasa iri hati kepada Thariq Bin Ziad kerana nama Thariq pada ketika itu sudah masyhur dan terkenal. Musa Bin Nushair membuat keputusan lalu pergi ke Sepanyol untuk berkongsi sanjungan daripada penduduk-penduduk Sepanyol. Baginya, ini adalah permulaan yang sangat baik untuk menakluk negeri Sepanyol dan negara-negara Eropah.[7] Musa Bin Nushair memerintahkan untuk menghentikan serangan, tetapi Thariq Bin Ziad tidak peduli akan kemahuan Musa Bin Nushair dan meneruskan juga serangan itu mengikut persetujuan ramai tenteranya. Akibatnya membawa bencana ke atas dirinya.

 

Sumber Rujukan

1. Syeikh Muhammad Sa'id Mursi. 2011. Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publications.

2. Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail al-Bukhari. 2011. Ensiklopedia Hadits (1), Shahih Al-Bukhari 1.Diterjemah oleh Masyhar, MA. Dan Muhammad Suhadi.  Jakarta: Almahira.

3. Ibnu Zubair, Tragedi Muhajirin Pertama Kelahiran Madinah | Republika Online

https://fauzanibrahim.wordpress.com/2008/09/02/thariq-bin-ziyad-panglima-penakluk-andalusia/

5. Abd Aziz bin Harjin. 2008. http://sejarah-tamadun-islam-ctu151.blogspot.com/2015/02/bab-3-sumbangan-islam-kepada-barat.html

6. Ahmad Syalabi. 1984. Mausu’atu al-Tarikh al-Islami, Jilid II. al-Nahdah al-Masriyah.

https://andihasad.com/2008/07/14/penaklukkan-spanyol-711-716-m/



Submitted: March 22, 2021

© Copyright 2021 AJ267. All rights reserved.

  • Facebook
  • Twitter
  • Reddit
  • Pinterest
  • Invite

Add Your Comments:


Facebook Comments

More Religion and Spirituality Short Stories

Other Content by AJ267

Script / Religion and Spirituality