From.Heart.To.Heart.

Reads: 248  | Likes: 0  | Shelves: 0  | Comments: 0

More Details
Status: Finished  |  Genre: Religion and Spirituality  |  House: Booksie Classic
Writing is one of my way to spread love and knowledge. This is the second time I write a story (actually the forth time but the second and third stories have been cancelled as I have no idea to continue them). I'm sorry, this story is in Bahasa Melayu but still there is a few part in English. Hope this will be my credit for me to enter the Paradise :) May God bless.

Submitted: January 06, 2015

A A A | A A A

Submitted: January 06, 2015

A A A

A A A


BAB 1

 

Iman mengambil sila di sebelah mamanya. Di hadapannya kini sepupunya, Ain Jasmin bersama suaminya, Haseef Ashraff duduk di atas sofa sambil memandang ke arahnya.

“So how Kak Ain hidup berumah tangga? Berseri-seri nampak?” Iman mengusik Ain Jasmin. Minggu lepas ketika menghadiri majlis perkahwinan Ain Jasmin bersama Haseef Ashraff, mamanya mengajak mereka berdua berkunjung ke rumah. Sebenarnya mereka berdua sudah berkahwin di UK namun disebabkan tiada cuti yang panjang, mereka menangguhkan dahulu majlis perkahwinan mereka di Malaysia. Minggu lepas baru selesai semuanya kerana mereka berdua baru ada masa untuk pulang ke tanah air.

“Alhamdulillah, so far so good.” Ain Jasmin tersenyum. Dia merupakan medical student tahun dua di University of Aberdeen, Scotland.

“Im pula macam mana, how’s your life?” Ain menambah.

“My life? Hmm, macam ni jelah kak. Pagi, petang, malam study je. Tahun ni kan nak SPM. Memang kena struggle habis-habisan la if nak dapat straight A’s.” Iman mengela nafas perlahan.

“Both of you tunggu sekejap je, Aunty nak ke dapur, siapkan makanan,” ujar mama Iman kepada pasangan suami isteri tu seraya bangun menuju ke dapur.

“Haseef, come. Lepak kat bilik kerja uncle sekejap. Men’s talk.” Papa Iman sudah bangun mengajak Haseef ke biliknya yang terletak di tingkat atas.

Iman segera melompat ke arah Ain Jasmin, mujur sofa tu berkualiti tinggi, kalau tidak patah juga sofa tu dibuatnya. “Kak Ain!” Iman separa menjerit. “How come you berubah sampai macam ni? Im tak pernah tengok Kak Ain pakai macam ni dulu. Cerita cepat!” Dulu Ain Jasmin sama dengan dia, tak bertudung, pakai baju aci redah je, asalkan cantik sudah. Tup-tup Ain Jasmin sekarang pakai baju kurung, bertudung labuh lagi. Mana dia tak terkejut!

“Long story, Im. Panjang gila kut kisahnya. Yang penting Kak Ain bahagia apabila buat keputusan macam ni.”

“Tak panas ke pakai macam tu?” Skeptis Iman bertanya. Yelah, dia yang kena pakai T-shirt sukan berlengan panjang kat sekolah setiap hari Isnin pun rasa panas, apatah lagi pakaian macam Ain Jasmin pakai.

“Eh, mana ada panas. Biasa je, tak panas pun. Akak once rasa macam tak selesa bila pakai baju dedah aurat macam akak pakai dulu. Yela, dedah sana sini. Kalau pakai baju kecik asyik-asyik tarik baju ke bawah. Baik pakai baju longgar terus.” Jujur Ain Jasmin menuturkan.

Zapp! Mak aih, Kak Ain punya kata-kata tu pedas kut. Dahlah aku pakai baju baby tee je sekarang ni. “Erk. Kak Ain, actually err err Im pernahlah terfikir nak stop pakai baju-baju macam ni. Tapi... Im tak tahu nak mula macam mana.”

“Im suka join camp tak?”

Camp? “Suka.” Sepatah dia menjawab. “Kenapa kak Ain?”

“Ada satu camp akan diadakan pada hujung bulan ni. Dekat Gombak. Akak used to be a facilitator at that camp dua tahun lepas tapi tahun ini tak boleh la, akak kena balik uni minggu depan. Nak join tak?”

“Apa nama camp tu?”

“Refresh Reformat camp. Camp tu ada dua nama sebenarnya. Nama satu lagi ialah Tazkiyatun Nafs daurah.”

Tazkiyatun what? Pemende tu? “Bahasa apa tu kak? Macam unfamiliar je.” Datar Iman menuturkan.

“Bahasa Arab la dik oi! So nak join ke tak?”

Gulp.

 

 

“SAYA NUR IMAN MAQSURAH. Panggil Im. Asal dari Bangsar.” Itu sahaja pengenalan dirinya sewaktu sesi introduction tadi. Haih, join jugak aku ke camp ni. But so far so good kut, sebab ramai je yang jenis dia di camp ini. Jenis rock, tak pakai tudung macam dulu. Ramai ke Iman? Sebenarnya lebih kurang sepuluh orang je kat camp tu yang macam jenis dia. Kata ramai tadi hanya nak menyedapkan hati je.

Dia menebarkan pandangannya ke sekeliling. Tapi fasilitator dengan moderator program tu baik apa.

Takdelah tengok dia macam bukan orang bila dia selamba je pakai skinny jean dan jacket paras pinggang di camp tu walhal hampir semua fasilitator kat sana pakai tudung labuh. Yang hanya nampak dua biji mata pun ada. Tapi, aku rasa macam berat sangat kut benda ni kat aku, desisnya.

 

“Dalam hidup kita ni, ada cabaran. Cabaran awal, cabaran pertengahan dan cabaran akhir. Dan cabaran akhir tu lah, kalau kita berjaya menempuhi, makin senanglah kita ke Syurga.” Ustaz Hafidz menyampaikan tazkirahnya kepada para peserta. Ada yang tekun mencatat kata-kata beliau, ada yang tersengguk-sengguk dan ada yang khusyuk mendengar macam dia.

“Setiap sendi kehidupan kita itu ibadat sebenarnya. Allah berfirman dalam Al-Quran, ‘Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.’ Itu yang Allah kata. Dan ibadat tu mesti ada cara. Ala, macam kamu semua study la, kalau tak kena cara, masuk tak apa yang kamu belajar tu dalam otak? Mesti tak masuk kan?”

Iman menghela nafas. Duh, ustaz ni cakap pasal ibadat. Ibadat aku kering kontang dah lama tak berisi.

 


© Copyright 2019 ain atila. All rights reserved.

Add Your Comments:

More Religion and Spirituality Short Stories